Tugasan 1: Maksud sejarah media baru dalam konteks penghasilan seni digital
Definisi Sejarah Media Baru
Media baru adalah media yang berkembang pada era komunikasi interaktif. secara umumnya media baru merupakan media yang paling popular kini. Perkembangannya adalah seiring dengan perkembangan internet yang bertaraf global. Pelbagai media yang terdapat dalam internet, baik media rasmi mahupun tidak rasmi, seperti laman web, portal dan blog serta laman sosial seperti facebook, myspace, twitter, dan sebagainya. Melalui media ini, pelbagai maklumat dapat disebarkan keseluruh pelosok dunia yang tanpa sempadan dan secara tidak langsung melalui media baru ini juga pengguna dapat berinteraksi sesama mereka.
Televisyen, radio, ipad, telefon, laman sosial merupakan alat perantara yang menjadikan media baru kini semakin berkembang. Daripada pemerhatian saya sendiri, kini di mana-mana sahaja kita berada, kita pasti akan menggunakan media baru tidak kira di rumah, di pejabat, di sekolah atau di lain-lain tempat, kita pasti menggunakan alat perantaraan tersebut bagi mengetahui perkembangan semasa di sekitar kita mahupun di luar kawasan kita. Media baru kini memainkan peranan yang sangat penting sejajar dengan pembangunan negara kita yang kian membangun dan maju.
Media baru kini sedang membina empayarnya tersendiri malah berkeupayaan tinggi menandingi media cetak dan media elektronik yang lain. Inilah revolusi media di era langit terbuka atau lebih dikenali globalisasi. Media baru yang kian meluas dan sedang menakluki dunia dengan informasi tanpa sempadan kini berkemampuan membentuk minda masyarakat. malahan juga, pretasi penggunaan Media baru ini akan terdedah kepada situasi yang positif dan juga negatif bergantung kepada bagaimana pengamalnya melestarikan revolusi ini.
Media baru dalam konteks Seni Digital
Seni Digital ialah seni yang dicipta dengan menggunakan komputer di dalam bentuk digital dengan menggunakan perisian seperti Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator. Seni digital boleh sepenuhnya dihasilkan menerusi imbasan gambar atau dilukis menggunakan perisian tersebut dalam grafik vektor dengan menggunakan tetikus atau papan grafik (graphics tablet).
Rajah: Graphics Tablet (Papan Grafik)
TUGASAN 2: Penggunaan Teknologi Apple Computer dalam Penghasilan Karya.
Steve jobs adalah pengasas atau juga co-founder jenama APPLE inc yang dahulunya dikenali sebagai Apple Computer Inc. (NASDAQ:AAPL), ialah peradaban multinational Amerika Syarikat yang ,yang mengkhususkan perakaan bentuk serta pangilangan produk elektronik pengguna dan perisian yang berkait berpusat di Cupertino, California, Apple mengembangkan, menjual dan membangunkan berbagai-bagai komputer peribadi dan pemain media mudah alih, juga perisian dan perkakasan komputer tambahan.
Gambar: Steve Jobs pengasas komputer Apple
Apple diasaskan oleh Steve Jobs dan Steve Wozniak. Apple kini terlibat dalam penciptaan berkonsep teknologi baru seperti iPhone, dan Apple TV, serta ciri-ciri untuk Mac OS X "Leopard", sistem pengendalian yang baru.
Gambar: Logo Apple Inc.
Beliau mencipta dan mewujudkan komputer dan syarikat tersebut sejak tahun 1970-an. Dibawah Steve, syarikat tersebut memperkenalkan komputer Apple pertama dan kemudiannya Macintosh yang menjadi popular pada tahun 1980-an. Steve Jobd meninggalkan Apple pada tahun 1985 selepas berlakunya perebutan kuasa. Beliau kemudian memulakan syarikat NeXT Computer yang mengkhususkan dalam perisian kerja yang canggih untuk perniagaan. Sejak itu, kegemilangan Apple pudar, namun ia kembali pulih pada tahun 1996 apabila Apple membeli NeXT Computer pada harga $429 juta (RM1.2 bilion). Apple semakin kukuh apabila Jobs merombak strategi Macintosh, merevolusi budaya moden dan melancarkan pasca era komputer peribadi yang memberi laluan kepada alat mudah alih pintar seperti iPod, iPhone dan iPad.
Steve Jobs meninggal dunia di usia 56 tahun pada 5Oktober 2011. Kebijaksanaan Steve Jobs telah pun mempertinggkatkan gaya hidup pengguna seluruh dunia dan pelbagai inovasi telah dibawakan oleh beliau.
gambar: komputer Macintosh
Sumbangan teknologi Apple dalam penghasilan Karya
Melalui teknologi Apple, penghasilan karya dapat dihasilkan dengan lancar kerana ciri-cirinya yang begitu power dan memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi. Hal ini kerana teknologi Apple yang canggih dapat meningkatkan lagi mutu hasil pengkarya-pengkarya yang menggunakan ia.
Macintosh atau mac secara amnya merupakan sistem komputer yang beroperasi berasaskan sistem pengoperasian yang dikenali sebagai MacOs. MacOs adalah sistem pengopersian yang menyokong sistem komputer ini dan berbeza daripada sistem windows. Ianya dikatakan lebih stabil berbanding sistem windows serta mampu memproses atau melaksanakan sesuatu tugas yang diberikan dengan lebih pantas. ini menyebabkan ianya digemari ramai khususnya apabila melibatkan perisian grafik dan multimedia berkeupayaan tinggi.
Komputer
MacBook
MacBook Pro
iMac
iPad
Tugasan 3:Penggunaan media baru dalam penghasilan karya dari segi idea, rekaan, tiruan dan hakmilik cipta.
Penggunaan media baru dalam penghasilan karya kini semakin popular dengan menggunakan bayak perisianuntuk tujuan perekaan dan menghasilkan karya. Dengan menggunakan media baru, pengkarya-pengkarya seni dapat menghasilkan karya-karya baru yang lebih kreatif dan berdaya saing. Menurut Joseph Chiari dalam Art and Knowledge beliau menjelaskan bahawa pengetahuan dan pendidikan seni boleh membantu seseorang dalam mengenali suasana persekitaran.Oleh sebab itu, kefahaman terhadap sesuatu karya seni boleh menjadi satu asas untuk mengembangkan pemikiran dan kreativiti seseorang pengkarya untuk menjana dan mencipta sesuatu hasil denagn lebih berkesan.
Penggunaan media baru dalam penghasilan karya dari segi idea adalah dimana idea boleh didapati daripada pelbagai sumber seperti pemerhatian, pengalaman, proses latihan yang diperoleh oleh pengkarya serta menganalisis atau membuat kajian. Sumber idea juga boleh diperolehi daripada rujukan media massa, persekitaran, pengalaman dan juga peristiwa. Melalui pelbagai proses pemerolehan idea, pengkarya atau pereka akan mengenalpasti, merumus dan menguasai idea yang ingin disampaikan kepada audien atau pengguna daripada karya yang dihasilkan. Berasarkan idea, karya akan dapat dipersembahkan dalam pelbagai cara dan bentuk seperti karya 2D dan 3D.

Pemain muzik digital iPod
iPod
iPod u2 Edition
iPod mini
iPod shuffle - Pemain muzik digital ipod tanpa skrin
iPhone
Mesin penyiaran televisyien
apple TV
Tugasan 3:Penggunaan media baru dalam penghasilan karya dari segi idea, rekaan, tiruan dan hakmilik cipta.
Penggunaan media baru dalam penghasilan karya kini semakin popular dengan menggunakan bayak perisianuntuk tujuan perekaan dan menghasilkan karya. Dengan menggunakan media baru, pengkarya-pengkarya seni dapat menghasilkan karya-karya baru yang lebih kreatif dan berdaya saing. Menurut Joseph Chiari dalam Art and Knowledge beliau menjelaskan bahawa pengetahuan dan pendidikan seni boleh membantu seseorang dalam mengenali suasana persekitaran.Oleh sebab itu, kefahaman terhadap sesuatu karya seni boleh menjadi satu asas untuk mengembangkan pemikiran dan kreativiti seseorang pengkarya untuk menjana dan mencipta sesuatu hasil denagn lebih berkesan.
Penggunaan media baru dalam penghasilan karya dari segi idea adalah dimana idea boleh didapati daripada pelbagai sumber seperti pemerhatian, pengalaman, proses latihan yang diperoleh oleh pengkarya serta menganalisis atau membuat kajian. Sumber idea juga boleh diperolehi daripada rujukan media massa, persekitaran, pengalaman dan juga peristiwa. Melalui pelbagai proses pemerolehan idea, pengkarya atau pereka akan mengenalpasti, merumus dan menguasai idea yang ingin disampaikan kepada audien atau pengguna daripada karya yang dihasilkan. Berasarkan idea, karya akan dapat dipersembahkan dalam pelbagai cara dan bentuk seperti karya 2D dan 3D.
Penggunaan media baru dalam penghasilan karya dari segi rekaan ialah sebagai medium untuk mengetengahkan hasil sumber idea yang diperolehi berdasarkan kajian yang telah dibuat. Idea terbaik dipilih dan dibuat dengan lebih terperinci dari pelbagai teknik yang digunakan seterusnya dipersembahkan kepada pelanggan.
Penggunaan media baru dalam penghasilan karya dari segi tiruan ialah mengikut dalam penjanaan sumber idea untuk menghasilkan sesuatu karya baru daripada karya yang sedia ada. Contohnya apabila kita mendapat idea daripada suatu sumber di internet, kemudian mendapat idea daripada persekitaran dapat digabungkan kedua-dua perkara tersebut dengan meniru semula objek semulajadi atau buatan manusia dengan menggunakan perisian adobe illustrtor atapun adobe photoshop
Penggunaan media baru dalam penghasilan karya dari segi hakmilik cipta pula didapati banyak pencerobohan hasil karya berlaku kepada karya yang masih belum di pattern kan. Oleh sebab itu ramai yang mengambil kesempatan meniru ciptaan karya individu atau organisasi lain. Hak cipta ialah satu bentuk perlindungan yang diberikan oleh undang-undang kepada pencipta atau pengkarya yang menghasilkan karya asal sama ada karya seni, sastera, muzik, dan lain-lain karya intelektual. Hak cipta di Malaysia dilindungi dibawah Akta Hak Cipta 1987 (Akta 332). Malaysia juga tertakluk kepada peraturan konvensyen Berne bagi perlindungan karya sastera dan seni 1886 dan TRIPS (Agreement or Trade Related Aspects on Intellectual Property Rights ) (1994).
Tugasan 4: Pilih dua medium dalam teknologi media baru yang anda minati dalam penghasilan karya seni
Dalam menghasilkan karya seni, pelbagai kaedah yang boleh digunakan dalam teknologi media baru yang serba canggih. Dua medium yang saya pilih untuk menghasilkan karya ialah komputer peribadi dan mesin pencetak.
Komputer peribadi atau Personal Computer merujuk kepada sebuah komputer mikro yang bias digunakan dalam aktiviti harian. ia merupakan sistem komputer yang paling pesat berkembang. sistem komputer ini beropersi berasaskan pemprosesan mikro dan mempunyai papan kekunci untuk memasukkan data, skrin paparan dan peranti storan.
Biasanya kebanyakkan PC berasaskan kepada sistem windows dan ini selari dengan keperluan rakyat Malaysia. Pengguna juga boleh memilih sistem PC biasa yang boleh diperolehi dipasaran bagi kegunaan harian. Namun demikian, bagi memperoleh atau memanfaatkan keupayaan multimedia yang optimum, sistem PC berkeupayaan tinggi dalam bentuk stesen kerja atau Workstation misalnya adalah lebih sesuai.
Oleh sebab itu saya memilih sistem Macintosh Power Mac untu menghasilkan karya. Macintosh atau Mac secara amnya merupakan sistem komputer yang beropersi berasaskan sistem pengoperasian yang dikenali sebagai Mac Os yang diterajui oleh syarikat Apple Computer. Ianya dikatakan lebih stabil berbanding sistem windows serta mampu memproses atau melaksanakan sesuatu tugas yang diberikan dengan lebih pantas. Ini menyebabkan ianya digemari ramai khususnyaapabila melibatkan perisian grafik dan multimedia berkeupayaan tinggi.
Dengan menggunakan Mac, ia dapat membantu saya menghasilkan karya dengan pantas dan lebih berkualiti serta lebih kreatif.
Medium kedua yang saya pilih ialah mesin pencetak. Pencetak mengambil teks dan imej dari komputer dan mencetaknya di atas kertas. Pencetak matriks bintik (dot matrix) menggunakan dawai halus untuk menghentak "ribbon" bagi membentuk huruf. Pencetak laser menggunakan sinaran cahaya untuk melukis imej di atas "drum" dan kemudiannya mengutip zarah hitam halus yang dipanggil "toner". Toner dipindahkan ke atas kertas bagi menghasilkan imej. Pencetak ink jet menembak titisan dakwat ke atas kertas untuk membentuk huruf dan gambar.
Dengan adanya mesin pencetak, saya dapat mencetak karya yang dihasilkan dan dapat menyampaikan maklumat kepada audian. secara tidak langsung audian dapat memberi kritikan membina agar saya dapat membaiki kelemahan yang ada. Saya berharap di masa hadapan saya dapat memiliki perniagaan percetakan sendiri dan bersaing secara sihat dengan syarikat percetakan lain di luar sana yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.