TIPOGRAFI

Elemen Teks Dalam Reka Bentuk Grafik Berkomputer
Perkatan dan simbol merupakan antara elemen paling asas di dalam sesuatu sistem komunikasi manusia. Ianya membolehkan sesuatu maklumat dan informasi disampai dan dibenarkan kepada kumpulan sasaran denagn mudah, pantas dan berkesan. Bagi tujuan komunikasi bertulis, teks memainkan peranan penting bagi menterjemahkan setiap perkataan atau ucapan lisan ke dalam bentuk bercetak. Dalam era komunikasi masa kini, penggunaan serta fungsi teks semakin deperluaskan lagi. Selain itu, ianya mampu membantu proses komunikasi secar digital. Gabungan penggunaan teks dengan media-media yang lain menambahkan lagi keberkesanan proses komunikasi masa kini. 
Konsep Asas Teks Dan Tpografi
Tipografi
Tipografi adalah seni rekaan taip yang mudah dibaca, berkesan dan menawan. Teks pada skrin menambahkan perasaan yang nyata dan gaya kepada dokumen interaktif seiring dengan maksud. Penggunaan teks merupakan satu cara yang cepat dan mudah untuk berkomunikasi dengan satu jumlah besar maklumat.  Teks yang baik adalah mudah dibaca, bermaklumat dan meletakkan stail visual pada dokumen satu yang interaktif. Satu cara untuk mencipta teks yang baik adalah memahami asas tipografi.  Rekaan tipografi yang baik bergantung pada pemilihan tepat muka taip, saiz, berat, ruang, warna dan reka letak untuk menyampaikan mesej. Untuk berurusan dengan isu tradisional rekaan tipografi yang baik, anda perlu berhati-hati dengan isu resolusi, anti-aliasing, kontras, medan teks dan format fail.
Istilah Tipografi :Muka Taip Dan Font
Tipografi mempunyai sejarah yang panjang dan mempunyai istilah yang tersendiri. Berikut merupakan istilah yang digunakan meluas pada hari ini:

Kategori-kategori muka taip, Serif , San serif ,Dekoratif, Script
a)      Muka taip
Set karakter (huruf, nombor dan simbol) dengan ciri-ciri
rekaan yang sama.Sesetengah program komputer
 menggunakan fonts perkataan yang boleh ditukar
ganti dengan muka taip perkataan.
b)     Saiz point

Ketinggian sesuatu bentuk huruf, dinyatakan dalam poin.  72 poin sama dengan satu inci. Lebih kecil saiz huruf, lebih kecil taip akan kelihatan.  Saiz poin yang kecil sukar untuk dibaca pada skrin.



c)      Berat

Ketebalan strok mencipta bentuk huruf. Strok yang lebih nipis, lebih tebal bentuk huruf boleh dihasilkan.  Berat yang biasa adalah regular, bold, dan ultra bold. Taip nipis, halus secara keseluruhannya tidak mudah untuk dibaca pada skrin sebagaimana taip regular dan bold.


d)     Ruang

Ruang antara huruf, perkataan atau barisan menegak taip. Ruangan merangkumi letterspacing, word spacing dan leading. Letterspacing merupakan ruang di antara bentuk huruf secara individu. Word spacing merupakan ruang di antara perkataan. Leading merupakan ruang menegak antara baris taip. Letterspacing, word spacing, dan leading adalah faktor yang mempengaruhi kemampuan membaca dan kenyataan pada taip.





Kategori Taip
Terdapat 10,000 muka taip dan kebanyakannya mempunyai persamaan dalam bentuk yang membenarkan untuk diletakkan ke dalam kategori jenis lebar. Contoh kategori taip adalah seperti berikut:
a)      Roman

Secara tipikal, muka taip Roman mempunyai variasi tebal dan nipis dalam strok huruf dan  lingkungan serifs daripada sederhana kepada yang keterlaluan. Muka taip Roman biasanya digunakan dalam kandungan teks memandangkan ia mudah untuk dibaca. Muka taip Serif sukar untuk dibaca pada skrin jika ia terlalu kecil kerana resolusi skrin yang rendah dan strok yang tebal dan nipis dalam bentuk huruf.


b)     Sans Serif
Sans serif bermaksud “tanpa serifs”. Muka taip Sans serif mempunyai penampilan yang moden dan sangat mudah dibaca.Ia berfungsi dengan baik dalam saiz yang kecil dan kebiasaannya ia merupakan pilihan yang baik untuk salinan tajuk, teks dan kawalan interaktif.








c)      Square Serif
Untuk muka taip ini, serif di akhir strok huruf muncul dalam bentuk blok atau tebal.  Ia sesuai digunakan sebagai tajuk atau taip paparan.Apabila disetkan dalam saiz yang kecil, square serifs menjadikan medan teks yang muncul pada skrin menjadi tebal dan hitam.





d)     Script
Muka taip script boleh memperlihatkan rekaan tulisan tangan. Sesetengah muka taip script sukar untuk dibaca, terutamanya dalam satu blok teks yang semuanya mengandungi huruf besar. Strok huruf yang halus pada sesetengah muka taip script menjadikan ia sukar untuk dibaca pada saiz yang kecil. Ia elok digunakan secara minima dan untuk tajuk.




                                                                                  


e)      Decorative
Apabila reka bentuk muka taip sukar untuk dikategorikan, ia dipanggil kategori decorative. Tiada limit untuk kategori ini. Kebanyakan muka taip ini agak sukar untuk dibaca dan baik digunakan untuk paparan atau tajuk selain teks. Kelebihan menggunakan muka taip ini adalah ia dapat mengekalkan mood, jarak masa atau stail.





Meletakkan Teks Ke dalam  Dokumen
Terdapat tiga pilihan utama untuk mengekalkan teks dalam dokumen interaktif. Jika projek adalah satu semakan cetakan atau media bergerak seperti brosur, buletin atau video, anda mungkin dapat menggunakan kembali salinan yang ada.  Teks ini dapat ditaip secara manual atau diimbas.Untuk mendapatkan teks untuk keseluruhan projek baru, teks perlu ditulis dan disunting secara spesifik untuk projek. Cara ketiga untuk mendapatkan teks ke dalam dokumen anda adalah membenarkan pengguna memasukkan maklumat.


Teks Baru
Penulisan atau penyuntingan teks baru mungkin memerlukan perkhidmatan penulis hakcipta profesional.  Penulis hakcipta perlu tahu mengenai had skrin. Sebagai kelebihan tambahan, menulis teks baru, perlu mendapatkan keizinan hak cipta.

Menggunakan Kembali Teks Yang Sedia Ada
Menggunakan kembali teks yang ada mungkin memerlukan perkhidmatan jurutaip profesional atau seseorang yang sanggup mengedit pengimbas teks OCR. Untuk teks yang panjang, pengimbasan mungkin merupakan satu pilihan berdaya maju, selagi masih ada seseorang yang boleh mengedit teks untuk mengenal pasti dan memperbaiki sebarang masalah pengimbas OCR.

Saiz dan ukuran teks
Penentuan saiz teks merupakan sesuatu yang agak subjektif kerana dalam banyak keadaan muka taip yang berlainan akan dipaparkan dalam saiz yang agak berbeza walaupun menggunakan ukuran yang sama. Sebagai contoh teks yang menggunakan muka taip Times New Roman dengan saiz 14 tidak sama ukurannya dengan teks yang menggunakan muka taip Verdana yang menggunakan saiz yang serupa.