MULTIMEDIA

DEFINISI MULTIMEDIA
Multimedia merupakan proses komunikasi interaktif berasaskan teknologi komputer yang menggabungkan penggunaan pelbagai unsur media digital seperti teks, audio, grafik, animasi dan video  untuk menyampaikan maklumat. Multimedia adalah kata gabungan yang merujuk kepada banyak dan kepelbagaian (multi) alat (media) atau perantara komunikasi. Multimedia juga boleh merujuk kepada penggunaan teknologi komputer untuk mencipta, menyimpan dan menggunakan kandungan multimedia.
Berikut merupakan tokoh-tokoh yang membicarakan tentang definisi multimedia:
  • " Multimedia adalah hypermedia yang berkeupayaan hyperteks. Penekanan diberikan     kepada cara-cara pengguna menggabung, menyunting, melaraskan bunyi, grafik, gambar bergerak, teks dan perisian komputer dengan penggabungan tetikus" – Jacquetta Megarry (1990).
  • " Multimedia ialah persepaduan bunyi, muzik, animasi, teks, suara dan grafik yang dihasilkan oleh teknologi berasaskan komputer. Ia lebih menarik berbanding dengan televisyen dan kaset video" – Waterworth (1992).
  • " Multimedia adalah integrasi atau kombinasi atau gabungan di antara pelbagai jenis media yang berlainan iaitu audio, video, teks, animasi dan grafik dalam satu persekitaran digital" – Gayeski (1993).
  • " Paparan maklumat yang berkomunikasi dengan bantuan beberapa alat tambahan khasnya dalam komputer seperti pemacu cakera padat, perakam suara, pembesar suara, kad bunyi, dan beberapa perisian yang menggunakan cakera padat"  – Ron White (1996).

ELEMEN MULTIMEDIA.
Terdapat 5 elemen multimedia.ianya adalah seperti berikut.
i)    Teks
ii)   Grafik
iii)  Aimasi
vi)  Video
v)   Audio

TEKS
Secara umumnya merujuk kepad huruf-huruf yang tersusun bagi membentuk satu makna yang boleh difahami atau membawa pengertian yang tertentu. Teks juga merujuk kepada semua jenis simbol, huruf, abjad, nombor, statistik dan pelbagai jenis tulisan font yang menjadi asas utama kepada penyaluran maklumat mas dahulu dan juga masa kini.
Dalam satu sistem multimedia interaktif, teks turut memainkan peranan yang penting dalam penyaluran sesuatu informasi kepada pengguna. Ianya penting sekiranya penerangan yang jelas dan menyeluryh perlu diberikan kepada pengguna dan penggunaan elemen-elemen atau media lain mungkin gagal menyampaikan makna sepertimana yang dikehendaki. Penggunaan teks juga akan menjadi lebih menarik sekiranya ia digabungkan dengan elemen-elemen multimedia yang lain dan gabungan penggunaan media ini menjanjikan penyampaian maklumat yang lebih menarik, tepat dan menyeluruh. Garis panduan dan perkara yang perlu diberi perhatian semasa bekerja dengan teks dalam pembangunan sesebuah aplikasi multimedia.

  •       Ringkas tetapi padat
  •       Gunakan typeface dan font yang bersesuaian.
  •       Pastikan teks boleh dibaca.
  •       Stail tulisan dan warna teks yang bersesuaian.
  •       Kawal pemilihan font serta konsisten.
  •     Pastikan font yang digunakan sedia ada pada sistem komputer lain.

GRAFIK
Grafik merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual yang tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar foto, illustrasi dan sebagainya. Ianya merupakan antara elemen multimedia yang amat penting bagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat dengan lebih pantas dan tepat memandangkan ianya disampaikan melalui visual.
Grafik juga dikatakan mampu membantu dalam menerangkan sesuatu maklumat dengan lebih tepat dan berkesan. Penggunaan graf atau carta misalnya mampu memaparkan peningkatan atau penurunan jumlah jualan bagi sesebuah syarikat dengan lebih berkesan berbanding penggunana teks atau jadual atau penyampaian maklumat lebih menarik dan mampu memfokuskan perhatian pengguna kepada maklumat yang ingin disampaikan.
Garis panduan dan perkara yang perlu diberi perhatian semasa bekerja dengan grafik dalam pembangunan sesebuah aplikasi multimedia.
  •  Pilih grafik yang bersesuaian dengan kumpulan sasaran.
  • Pilih grafik yang tidan menyentuh sensitiviti kaum atau agama.
  • Pilih kategori grafik yang sesuai dengan keperluan tugas.
  • Pilih kedalaman warna yang bersesuaian dengan keperluan aplikasi.
  • Gunakan spesifikasi grafik yang boleh digunakan tanpa masalah pada sistem berkeupayaan rendah.
AUDIO
Kesan audio atau bunyi merupakan salah satu daya penarik yang berkesan untuk menarik perhatian seseorang. Audio di dalam sesuatu sistem multimedia boleh merujuk kepada pelbagai jenis seperti rakaman suara, suara latar, muzik dan kesan khas audio dan sebagainya. Dalam satu sistem multimedia interaktif, elemen multimedia boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan. Selain daripada itu, audio juga mampu meningkatkan motivasi di kalangan para pengguna agar lebih berminat mengikuti sautu proses penyampaian maklumat.
Di samping itu juga, elemen audio dikatakan mampu menimbulkan suasana yang lebih menarik dan akan menghasilkan tumpuan yang lebih terhadap apa yang ingin dipersembahkan. Panduan dan perkara yang perlu diberi perhatian semasa bekerja dengan audio dalam pembangunan sesebuah aplikasi multimedia.
  • Audio hanya akan digunakan jika ianya didapati bersesuain dengan isi kandungan aplikasi atau program
  • Digunakan sekiranya iaiya diperlukan ataupun terdapat  rasional mengapa ia digunakan.
  • Sekiranya audio digunakan, pastikan pengguna mempunyai kuasa kawalan terhadapnya. Kuasa kawalan disini bermaksud kuasa mengawal ketinggian audio, memberhentikan audio dan sebagainya.
  • Elakkan menggunakan lebih banyak kesan audio yang sama didalam sesebuah aplikasi bagi mengelakkan kebosanan.
  • Gunakan saiz sampel atau kadar sampel yang tidak terlalu tinggi bagi tujuan rakaman atau semasa menyimpan fail audio. Selain daripada mengurangkan saiz fail, kualiti audio yang terhasil juga sudah memadai  bagi digunakan didalam sesebuah aplikasi multimedia.
  • Elakkan daripada menggunakan audio sekiranya ia didapati mengganggu persembahan.
VIDEO
Video merupakan elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan juga realistic berbanding elemen lain. Ia juga dikatakan gabungan pelbagai media seperti teks, audio, grafik dan sebagainya dalam satu medium. Oleh yang demikian , penggunaan video dalam proses penyampaian maklumat mampu mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat. Selain daripada itu, video juga mampu membawa unsur realistik atau keadaan sebenar kepada para pengguna. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi perasaan dan emosi para pengguna dengan lebih nyata.

ANIMASI
Ianya merujuk kepada satu paparan visual yang bersifat dinamik. Ia juga berjaya memupuk kepada satu proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya adalah statik. Animasi merupakan elemen multimedia yang paling diminati serta mendapat perhatian ramai kerana ianya mampu menzahirkan sesuatu fantasi manusia ke alam realiti.
Ia juga membolehkan sesuatu yang agak sukar diterangkan dengan perkataan atau imej statik disampaikan dengan lebih mudah dan berkesan. Penggunaan animasi dalam sesuatu persembahan yang disampaikan kelihatan lebih hidup atau realistik berbanding dengan penggunaan teks semata-mata. Animasi juga mampu memberi penegasan kepada sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian para penonton difokuskan isi kandungan yang ingin disampaikan.

CIRI-CIRI MULTIMEDIA





Integrasi secara seamless
Integrasi secara seamless ialah jalinan yang terhasil diantara media-media berlainan yang sungguh rapi sehingga tidak dapat dikesan oleh mata kasar. Pengguna boleh melihat sesuatu animasi atau video sambil mendengar muzik latarbelakang yang dimainkan pada sesebuah aplikasi.

Persekitarn Digital
Setiap media yang digunakan perlu ditukar kepada bentuk digital supaya boleh dimanipulasi dan disebarkan oleh komputer dengan lebih mudah. Digital menjadi bahasa pengantaraan dalam bidang teknologi maklumat dan media elektronik. Selain itu, media dalam bentuk digital mempunyai masa depan yang lebih cerah dibandingkan denagn media bercetak yang sukar dikemaskini.

Interaktif
Interaktif merupakan aplikasi yang membenarkan pengguna untuk berinterksi dengan media yang disampaikan secara aktif. Pengguna boleh mengawal apa yang dilihat dan dengar serta boleh menentukan hala tuju masing-masing semasa berinteraksi.

Tidak Berturutan
Kandungan aplikasi multimedia yang baik adalah tidak berturutan dari segi penyampaiannya. Pengguna boleh meneroka aplikasi dengan cepat tanpa mengikut tururtan sambil membina hala tuju sendiri. Kaedah ini adalah lebih berkesan dibandingkan dengan cara biasa di mana pengguna perlu melihat satu demi satu kandungan yang disampaikan.