PENGENALAN

Media
Media merujuk kepada alat atau pengantara untuk menyampaikan sesuatu maklumat seperti teks, grafik, audio, video dan animasi.

Media Baru
"Teknologi informasi tanpa sempadan" merupakan takrifan hampir tepat yang boleh kita definisi kepada Media baru. Laman sosial seperti Facebook, Twitter, MySpace, Digg, Delicious dan sebagainya merupakan terjemahan kepada Media baru yang amat berpengaruh kepada pengguna di luar sana. Media baru ini banyak memberikan manfaat kepada kita dalam komunikasi, perhubungan jarak jauh, jalinan silaturrahim, mngembangkan perniagaan, menyebarkan dakwah dan sebagainya kepada masyarakat tanpa sempadan. Banyak lagi kebaikan yang boleh disalurkan dengan kecanggihan Media Baru yang menjadi fenomena dan kegilaan masyarakat sekarang malah sebaliknya.